Thursday, 7 June 2012

"The Leader of The Days...A Testimony and a Gift from Allah SWT.."

Jumaat yang lepas baru saja berlalu, kini Jumaat bertandang lagi...begitu pantas masa berlalu...tandanya dunia ini hampir ke penghujung..namun sedarkah kita...tatkala Jumaat bertandang..apa yang kita lakukan??? Kadangkala kita seolah-olah tidak sedar akan kedatangan Jumaat, kita begitu asyik dan leka dengan buaian mimpi dunia..lantas kita membiarkan Jumaat berlalu tanpa sempat memberi salam kepada tamu mulia itu tanpa sedikit pun rasa bersalah...Subhanallah...hambaMu ini benar-benar kufur akan nikmatMu Ya Allah..padahal Engkau datangkan Jumaat itu buat kami, sebagai rahmat yang melimpah ruah melebihi hari-hari lain...Engkau datangkan Jumaat itu agar kami mengingatiMu melebihi segalaNya di dunia ini...tapi kami seringkali alpa...alpa dengan realiti dunia yang bakal hancur juga pada hari Jumaat jua kelak...






Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).




Betapa Allah SWT sayangkan hamba-hambaNya...Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Ketika inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh yang demikian, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta melaksanakan pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W. Tiada hari yang lebih istimewa daripada hari Jumaat. Buktinya cukup jelas dan nyata bagi orang-orang yang faham dan mensyukuri nikmat Tuhannya:


"A Testimony"


Satu-satunya nama hari yang dijadikan nama surah dalam Al-Qur’an ialah Jumaat, iaitu surat al-Jumu’ah [62] yang terdiri atas: 11 ayat, 180 perkataan, dan 748 huruf. Tiada hari lain yang dijadikan nama surah dalam Al-Qur’an selain Jumaat. Jelaslah Allah SWT mengabadikan nama hari Jumaat di dalam al-Quran sebagai suatu peringatan buat kita. 


"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (al-Jumu'ah: 9)


"Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi; carilah kurnia Allah sebanyaknya agar kamu beruntung" (al-Jumaah: 10)


"Dan apabila mereka melihat perdagangan atau permainan, mereka segera menuju kepadanya dan meninggalkan engkau (Muhammad) yang sedang berdiri (berkhutbah). Katakanlah, "Apa yang ada di sisi Allah lebih baik daripada permainan dan perdagangan," dan Allah pemberi rezeki yang terbaik." (al-Jumaah: 11)

Demikianlah, Allah SWT mengatakan dengan jelas dalam kalamnya. Allah SWT mengingatkan hamba-hambaNya agar bersegera meninggalkan urusan dunia untuk menunaikan solat. Setelah selesai solat, Allah SWT menyuruh kita meneruskan usaha kita, mencari rezeki di bumiNya dan Dia telah menjanjikan rezeki dan rahmat yang besar buat hamba-hambaNya yang patuh. Maka, bagi mereka yang leka dengan urusan dunia hingga lalai mengingat Allah, mereka itu termasuk dalam kalangan orang yang rugi. Mereka menyangka mereka bisa memperoleh lebih banyak jika mereka menggunakan waktu solat Jumaat untuk urusan dunia, tetapi mereka lupa bahwa segala nikmat itu datangnya dari Allah. Meski Allah memberikan nikmat buat mereka, tetapi nikmat itu tidak akan kekal, kerna Dia berhak mengambilnya kembali bila-bila sahaja yang Dia inginkan. Allah maha berkuasa akan segalanya. Allah pemilik segalanya. Segala yang ada di bumi ini akan kembali kepadaNya. Hanya masa yang menentukan.

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia-mulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.


Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”


Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.


Pada hari Jumaat, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat."
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”





"The Leader of The Days..."

Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita, sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu. Allah telah menunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.


"A Gift from ALLAH"


Seterusnya, berlainan dengan kewajipan solat (maktûbah) di hari-hari lain yang boleh dilakukan seorang diri (munfarid) sungguhpun sangat dituntut (sunnah mu’akkadah) untuk dilakukannya secara berjemaah (bersama-sama), tetapi pelaksanaan solat Jumaat sesuai namanya yang berasal dari kata "juma'ah" yang bermaksud berjemaah atau berkumpulan (jamak atau ramai), wajib dilaksanakan secara berjemaah. Bahkan imam Syafie menetapkan jumlah minimum jemaah solat Jumaat sebanyak 40 orang dewasa. Syari'at pelaksanaan solat Jumaat harus dilakukan secara berjemaah memiliki nilai-nilai positif tersendiri dalam rangka menyatupadukan ummah dan mengeratkan silatulrahim, ukhwah, dan persatuan. Demikianlah Allah benar-benar cinta akan hambaNya dan Dia tidak mahu hambaNya berpecah-belah dan bersengketa sesama saudara, lantas Dia mengurniakan hari Jumaat buat kita.




Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang sangat istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1)  Allah menciptakan Adam ,
2)  Allah menurunkan Nabi Adam  ke bumi,
3)  Allah mematikan Nabi Adam,
4)  Pada hari itu juga ada suatu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan memperkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 



Pada hari Jumaat, ada suatu waktu jika seorang hamba memohon dan berdoa kepada Allah, maka nescaya doa dan permohonan itu akan dikabulkan (waktu mustajab). Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Rasulullah: “Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah SWT, niscaya permintaannya akan dikabulkan.” Lalu Baginda memberi isyarat dengan tangannya yang menunjukkan sedikit/singkatnya waktu itu.” Mengenai bila waktu mustajab tersebut, para ulama berbeza pendapatnya. Di antara perbezaan itu, ada dua pendapat yang paling kuat. Pertama, waktu yang mustajab itu saat duduknya imam sampai pelaksanaan solat Jumaat. Pendapat ini diperkukuh oleh Imam Nawawi. Sedangkan pendapat yang kedua menyebutkan batas akhir waktu tersebut hingga setelah waktu Asar. Pendapat yang kedua ini diperkukuh oleh Imam Ibnu Qayyim.

5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)



Demikian Allah menyediakan ganjaran dan rahmat yang tidak ternilai buat hamba-hambaNya. Sebagai hamba kita hendaklah mensyukuri nikmat-nikmat tersebut dengan meningkatkan amal, ilmu dan ibadah semata-mata kerana Allah SWT. Antara amalan yang disunatkan pada Hari Jumaat adalah:


Untuk melengkapi kesempurnaan ibadah, terdapat amalan-amalan yang dapat dilaksanakan pada hari Jumaat. Antara lain, memperbanyakkan selawat  ke atas Nabi Muhammad saw. Selawat yang diucapkan akan mendekatkan darjat kaum muslim kepada darjat junjungan mulia kita, Rasulullah saw.


Amalan lainnya adalah membaca Surah al-Kahfi. Mudah-mudahan dengan membaca surah tersebut kita akn beroleh cahaya Allah yang diberikan di antara dua Jumaat. 
Surah al-Kahfi pada awalnya, mengisahkan tentang sekelompok pemuda beriman (Ashhabul Kahfi) yang diselamatkan Allah dengan menidurkan mereka di dalam gua selama bertahun-tahun (menurut riwayat selama 309 tahun Qamariah). Surah ke-18 Al-Quran ini menggambarkan kekuasaan Allah untuk memberi nikmat kepada hamba-hambaNya meski nikmat tersebut di luar jangkauan akal manusia. Selain itu, surah ini berkisar tentang dasar-dasar tauhid dan kepastian datangnya hari kebangkitan iaitu Allah menyatakan kekuasaannya mematikan (dengan cara Dia menidurkan pemuda-pemuda tersebut) dan membangkitkan kembali (dengan membangkitkan pemuda-pemuda tersebut setelah mereka tidur selama ratusan tahun). Allah juga menegaskan bahwa hanya Dia yang berhak menentukan sesuatu perkara sama ada ia akan berlaku atau tidak. Justeru allah SWT menegur Rasulullah saw ketika Baginda lupa melafazkan insyaAllah. Selain itu, Allah SWT memberikan peringatan kepada hambaNya dengan menceritakan kisah ummat-ummat yang terdahulu yang telah dibinasakan kerana mereka ingkar akan perintahNya. Surah ini juga turut mengisahkan tentang kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir, yang mana pada waktu itu Nabi Musa meminta nabi Khidir mengajarkan dia tentang ilmu (iaitu perkara-perkara ghaib seperti hari kiamat). Di penghujung surah ini, Allah SWT mengingatkan kita akan tanda-tanda besar kedatangan hari Kiamat iaitu: apabila runtuhnya tembok yang dibina oleh nabi Zulkarnain, maka Ya'juj dan Ma'juj akan keluar dan membuat kerosakan di muka bumi. Demikianlah Allah SWT menitipkan seribu macam pengajaran dan peringatan dalam surah al-kahfi. Hari Kiamat itu pasti akan datang "al-Haqqah" (al-Haqqah:1) yang akan menggetarkan hati ummat manusia "al-Qariah" (al-Haqqah: 4)


Sedangkan bagi imam, ketika solat Fardhu Subuh disunatkan membaca Surah as-Sajadah dan al-Insan secara sempurna sebagaimana yang dilakukan Rasulullah saw dahulu. Surah Sajadah dan al-Insan mengandungi segala sesuatu tentang awal penciptaan manusia dan kembalinya manusia kepada Allah, juga memuatkan peristiwa berkumpulnya manusia di padang Mahsyar dan kebangkitan manusia dari alam barzakh. 


*Semoga kita lebih mengenali tetamu istimewa kita dalam setiap minggu. Datangnya cuma empat kali dalam sebulan..dan belum tentu kita berkesempatan dengan keempat-empatnya..gunakanlah sedikit masa kurniaanNya untuk mensyukuri nikmatNya agar kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang kufur nikmat.


"Ingatlah Allah ketika dalam khalayak ramai, nescaya Dia mengingatmu ketika kamu bersendirian. Bersyukurlah kepadaNya saat dalam kesenangan, nescaya Dia mensyukurimu di saat kamu kesusahan."




Titipan dari seorang sahabat....

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”



Cinta abadi hanyalah cinta Ilahi...tiada yang abadi melainkan kasihNya...cintailah Allah, pasti kelak kita akan beroleh cinta daripada pencintaNya...ameen... :)

Wednesday, 6 June 2012

GERHANA KASIH SANG PENCINTA ^^

Sudah sekian lama laman ini terbiar sepi...sepi tanpa tinta kata-kata indah...seolah-olah dibiarkan usang oleh sang pemiliknya yang solah-olah leka dengan buaian mimpi dunia yang tak selalunya indah...adakah waktu yang sering mencemburuiku atau adakah aku yang hanyut ditelan waktu??? SUBHANALLAH...kali ini akan ku manfaatkan waktu yang sedetik ini untuk membasahi neuron-neuron akalku dengan tinta-tinta indah dari kalamMu...  

ALHAMDULILLAH..puji dan syukurku tidak terhingga..terima kasih Ya Rabb..Ya Muhaimin..Engkau tidak pernah membiarkan hambaMu hanyut ditelan arus waktu..kasihMu tak pernah hilang walau sedetik...Engkau sentiasa setia menemani hati-hati hambaMu yang sentiasa haus akan kasihMu...yang kadangkala tandus dan kering seperti Gurun Sahara..

Hari-hari berlalu ku rasa terlalu pantas umpama sesaat sambaran halilintar yang lajunya 300,000 km per detik..SUBHANALLAH..dunia ini kian tua...kian ditelan waktu...tapi hambaMu masih leka, leka mengejar kecintaan dunia yang bisa lenyap dalam sekelip mata dengan izinMu Ya Rabb...ampunilah hambamu Ya Allah...hambaMu sering lalai dan lupa..hambaMu hari ini tidak secekal pahlawan-pahlawan Islam di zaman Rasulullah atau wanita-wanita hebat penghuni syurga, pejuang agamaMu...Inilah hakikat hambaMu hari ini...lemah....dan sering tewas dek bisikan nafsu dari hati yang bilirubinnya kian tercemar oleh toksik-toksik duniawi..iman hambaMu hari ini tak ubah seperti roda yang ligat berpusing--adakalanya di atas..tetapi syaitan tak pernah berhenti..mengusik dan mempersendakan iman saat iman berusaha membersihkan bilirubin hati..lantas iman lemah dan mundur ke tepi, namun akhirnya "seperti telur di hujung tanduk" yang menanti masa untuk retak dan lebih teruk lagi bisa berkecai "seperti kaca terhempas ke batu"...atau "seperti abu di atas tunggul" yang bisa lenyap sekelip mata dalam satu hembusan angin..adakalanya juga iman itu berada di tahap paling bawah..lemah sekali..umpama roda yang sedang berputar seraya terkena paku...pancit dan kemek sekelip mata...begitulah hakikatnya iman...cukup lemah dengan bisikan syaitan yang menghembus ke dalam saraf-saraf dan neuron tubuh manusia yang terlalu tipis..yang kemudiannya beredar menerusi pembuluh-pembuluh darah, vena dan arteri yang menuju ke akal..akal kemudiannya membuat pilihan..baik dan buruk keputusannya tergantung kepada iman di dada...kalau iman sedang berada di tepi atau di bawah..begitu mudah sekali syaitan memenangi..usahkan di tepi, yang di atas juga belum tentu bisa mengekalkan kemenangan..akhirnya sang syaitan bersorak dan bertepuk riang atas kejayaannya meruntuhkan iman seorang anak Adam..

Justeru sedarlah kita wahai sang musafir di bumi al-azim-Yang Maha Agung..iman ini umpama tangki kosong yang perlu diisi senantiasa, bukannya sekali sehari bahkan setiap saat, setiap denyutan nadi dan setiap hembusan nafas perlu diisi dengan kasih dan cintaNya..Bagaimana untuk mendapatkan cintaNya??? Sayugia Allah itu amatlah pemurah dan penyayang..sebagai bukti telah dinyatakan di dalam kalamNya: 

"Sungguh Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan walaupun sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipatgandakanNya dan memberikan pahala yang besar dari sisiNya" ~ an-Nisa': 40 

Itulah sang pencipta kita ar-Rahman, ar-Rahim...yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang...yang tidak pernah meninggalkan hambaNya walau sedetik..sehinggakan kejahatan mahupun kebaikan hambaNya yang sebesar  zarrah juga tidak terketinggalan...

Kadangkala iman itu kian menebal saat hamba itu lagi dihimpit kesengsaraan atau kesempitan..itulah hakikatnya manusia..yang sentiasa dahagakan kasih di saat merasakan dirinya sendiri dan kesepian..jika iman masih bersisa...maka dia akan kembali kepada penciptaNya..kerna dia tahu kasih itu hanya dari Allah SWT..dan dia tahu dirinya hanyalah milik abadi Sang Pencipta agung..iman yang tersisa dibajai agar tumbuh subur umpama ladang teh yang kehijauan, demi mendapatkan secangkir kasih Ilahi...Doanya tidak henti-henti, diulangnya berkali-kali dengan tangis dan sendu, mengharapkan belas kasihan dari rabbNya...

Namun adakalanya, manusia semakin tewas saat dia dihimpit kesusahan..imannya sudah tidak bersisa...maka dengan mudahnya, ia tewas dengan bisikan sang syaitan yang sentiasa menunggu peluang menyesatkan anak Adam..nafsu telah merajai segalanya..maka musnahlah jiwa seorang mujahid..oksigen yang seharusnya dihantar ke otak diganti dengan karbon monoksida toksik yang bisa meracuni minda dan hati...hatinya tenat tidak bisa lagi melawan toksik, tewas dek nafsu sendiri...

Izzahlah wahai sang musafir...yakinkanlah dirimu bahwa Allah sentiasa bersamamu dalam setiap hembusan nafasmu...mengiringimu setiap waktu tatkala susah atau senang...Dialah pencinta yang abadi..yang sentiasa melindungimu...abadikanlah dirimu hanya untukNya...tahajuddlah di sepertiga malam..ingatlah Dia dalam setiap bait kata-katamu..serulah Dia setiap waktu, pagi atau petang...jadikanlah kalamNya sebagai penghibur dan penawar hatimu, nescaya kita tidak pernah kerugian... :)

  *Berikut adalah sedikit titipan buat sahabat-sahabat yang sedang berjuang di jalan Allah, jadikanlah amalan sehari-hari:

-jika hati dalam kesedihan, ingatlah Allah, amalkan membaca surah al-Fatihah setiap waktu dalam kesenangan atau kesedihan, niscaya hati akan merasa tenang dan terubat (al-Fatihah itu penawar segala penyakit, insyaAllah..)

-jika hati dalam kesedihan, berwudhu'lah dan tunaikanlah solat sunat dua waktu, sujudlah dan mohonlah ketenangan darinya agar terubat segala kesedihan

-jika hati dalam kesedihan, bukalah kalamNya (al-Quran nur karim), bacalah sebanyaknya yang termampu, hayatilah dan fahamilah maksud yang tersirat (seringkali ada ayat-ayat yang menjadi pengubat hati kerna al-Quran adalah the best motivator anugerah dari Ilahi)

-jika diri dirundung gelisah, bacalah ayatul qursi (al-Baqarah: 255) dan ayat seribu dinar (at-Talaq: 3)

-jika hati bersedih, bangunlah di sepertiga malam, Qiyamullail dan tahajjudlah: "Nabi SAW berdiri untuk solat di malam hari sehingga kaki baginda menjadi bengkak. Para sahabat menyuruh beliau mengurangkannya sambil berkata; Bukankah segala kesilapan tuan sama ada yang lepas atau akan datang diampun Allah":al-Fath(2). Lalu Baginda menjawab: "Tidakkah aku mahu menjadi hamba Allah yang bersyukur?" ~riwayat Bukhari dan Muslim

-amalkan membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, mudah-mudahan Allah SWT melindungi kita daripada fitnah dunia dan akhirat.

1. Dari Abu Sa'id al-Khudri radliyallahu 'anhu, dari Nabishallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq." (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)
2. Dalam riwayat lain masih dari Abu Sa’id al-Khudriradhiyallahu 'anhu,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ أَضَآءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum'at." (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. Ibnul Hajar mengomentari hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadits hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadits ini adalah hadits paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)
3. Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, berkata: Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam bersabda,
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.”
Al-Mundziri berkata: hadits ini diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawaih dalam tafsirnya dengan isnad yang tidak apa-apa. (Dari kitab at-Targhib wa al- Tarhib: 1/298)”


-sebutlah namaNya dalam kesenangan atau kesedihan, berzikirlah, beristighfar dan bertahmid memanjatkan kesyukuran dan yakinlah setiap kesusahan pasti akan disusuli dengan kesenangan olehNya..insya Allah :)

-tersenyumlah walaupun pahit, kerna senyum itu sedekah dan pengubat hati sendiri dan juga orang lain ~SMILE :) 



Wednesday, 21 September 2011

Anugerah Ilahi...

Sudah lama saya tidak menjengah ke ruangan ini....Alhamdulillah..hari ini berbekal sisa-sisa waktu kurniaan-Nya,akhirnya berjaya jua saya menerbitkan entri baru ini.. :)

Alhamdulillah...rahmat Allah itu tidak penah putus buat hambaNya, bahkan sentiasa melimpah ruah, itulah bukti kasih sayang dan kecintaan-Nya. Satu demi satu rahmat itu hadir, bahkan kadangkala lebih dari itu. Subhanallah..Kadangkala, kita merasa diri ini tidak berguna, diri ini seolah-olah tidak memiliki apa-apa, tapi percayalah, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..manusia itu adalah sebaik-baik kejadian, setiap individu pasti memiliki kelebihan yang tersendiri meski tiada seorang pun yang sempurna di dunia ini, kerna kesempurnaan itu hanya pada Allah SWT..

Jadi, sebagai hamba, bersyukurlah dengan apa yang dimiliki, kerna itulah bukti betapa Allah Maha Pemurah, meminjamkan nikmat kehidupan yang sementara buat kita semua..hidup di dunia ini cuma sementara, hargailah kehidupan ini sebaik mungkin, kerna bila-bila sahaja nikmat hidup ini akan diambil oleh pemiliknya yang lebih berhak, Allah SWT. Hidup ini seolah-olah jalan buat kita untuk menggapai kebahagiaan akhirat yang abadi. Oleh kerna kita hanyalah peminjam, maka sudah termaktub dalam peraturan, bahwa peminjam harus patuh pada pemilikNya..nikmat kehidupan yang dipinjamkan kepada kita adalah suatu amanah dariNya. Jagalah amanah sebaik mungkin, perkukuhkanlah tiang agama kita dengan solat lima waktu, dan carilah redhaNya dalam setiap langkah dan urusan kita. Mulakan setiap langkah dengan kalimah basmalah~ "bismillahirrahmaanirrahim",bukan sekadar meniti di bibir kerna kebiasaan, tapi hayatilah maksudnya.."dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..Allah cukup suka akan puji-pujian dari hambaNya, dan segala puji itu hanya untuk Allah..itulah kalimah penutup setelah selesai urusan kita..hiasilah setiap langkah kita dengan selawat dan salam buat junjungan yang mulia, Rasulullah SAW..nescaya berkah dan rahmat itu tidak akan pernah putus..

Cukuplah Allah bagi kita..tiada cinta yang abadi melainkan cintaNya...

Sunday, 27 February 2011

Khasiat dan Rahsia al-Quran

Sahabatku....mungkin kita merasakan kita sering membaca al-Quran,tetapi seringkali kita membacanya tanpa cuba memahami intinya...kita tidak ubah seperti orang buta dan pekak, yang cuma mampu bersuara..melihat tanpa menghayati..membaca dan menyuarakan alunannya tetapi seolah-olah tidak mendengar apa-apa...Subhanallah..sama-samalah kita muhasabahkan diri kita...Bacalah al-Quran dgn mata hati....baca dan fahami maksudnya..nescaya di sebalik ayat-ayat Allah SWT tersembunyi 1001  khasiat untuk hambaNya yg dikasihi...

BISMILLAH  (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.  Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

SURAH  AL-FATIHAH  (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.  Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah ! Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut se dalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya  ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan
kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapamembacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a.
mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak  yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini,  keatas  air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat  iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa  membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari  mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap  sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

SURAH AR-RA’D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

SURAH  BANI  ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.  Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH  THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

SURAH  AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH  AL-MU’MINUN  (Orang-orang  Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali  ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.  Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

SURAH  AL-AHZAB  (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH SABA‘ (Saba‘)
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi  sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.” Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia  mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar di! dapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

SURAH SHAAD  (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.”
[Al-Mukmin: 60]

Thursday, 17 February 2011

JUMAAT: PENGHULU SEGALA HARI

Dalam kesibukan melaksanakan tuntuntan fardhu kifayah mempelajari secebis ilmu kurniaan Allah, sedar tidak sedar masa begitu pantas berlalu, serasa Isnin baru sahaja menjelang, tapi kini Jumaat bertandang lagi. Betapa cepatnya masa berlalu, syukur hari ini kita masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menemui penghulu segala hari, tetapi adakah minggu hadapan kita masih punya kesempatan? Masih adakah Jumaat untuk kita? Mungkinkah saat itu nanti Malikilmaut telah menjemput kita dari dunia yang fana ini? Subhanallah..Betapa besarnya kuasa pencipta agung alam semesta dan cakerawala. Siang dan malam yang berlalu penuh ketertiban. Matahari dan bulan silih berganti melaksanakan tugasan mereka tanpa jemu, patuh dan taat pada penciptaNya. Bumi beredar pada orbitnya setiap detik waktu tanpa mengenal erti penat dan lelah..tapi kita manusia sering kali lupa, sering kali leka dan lalai, mengejar dunia yang penuh kepalsuan, sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada yang Esa. Inilah hakikatnya manusia, iman manusia seperti roda sekejap di atas, sekejap di bawah. Sekejap iman kita tinggi, sekejap kita lupa dan lalai. Sayugia, saat kita tersedar akan kelalaian kita, serahkanlah sepenuh jiwa kepada Allah SWT, sujud dan berdoalah kepadaNya mohon keampunan dan ketetapan iman. Gunakanlah kesempatan yang ada sebelum nyawa kita diambil oleh Malik Izrael. Saat nyawa berada di hujung halkum, masihkah kita punya waktu untuk bertaubat? Saat di mana syaitan dan sekutunya sedaya upaya cuba menyesatkan hamba-hamba Allah. Saat itu tiada apa yang dapat membantu kita, hanya amalan yang menjadi benteng pertahanan syaitan nirrajim..sama-samalah kita memuhasabahkan diri kita, sempena hari Jumaat yang mewakili penghulu segala hari ini, korbankanlah sedikit masa daripada 24 jam yang Allah berikan. Sesungguhnya hari Jumaat adalah sebaik-baik hari, hari yang mulia, yang mana ada suatu ketika dalam hari ini, bagi sesiapa yang berdoa, pasti Allah memakbulkan doanya. Subhanallah..betapa Allah SWT sayang akan hambaNya, peluang memohon keampunan sentiasa ada, hanya manusia yang sering mengabaikannya.

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah, daripada Salman Al-Farisi RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Wahai Salman, adakah engkau tahu apakah itu hari Jumaat?” Lalusaya menjawab, “Allah dan RasulNya sahaja yang mengetahui.”Baginda menerangkan, “Hari itu ialah hari yang Allah himpunkan manusia, seseorang itu apabila berwudhu' dengan baik, kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, maka ia menjadi kaffarah (penghapus dosa) kepadanya di antara Jumaat itu dan Jumaat berikutnya, iaitu selama dia tidak melakukan dosa besar.” –Riwayat at-Tabrani

As-Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat. Antara peristiwa itu ialah perkahwinan diantara Nabi Adam AS dengan Hawa; Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha: Nabi Musa AS dengan Shafura binti Syuaib AS; Rasulullah SAW dengan Khadijah; Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah RA binti Abu Bakar RA serta Ali KW bin Abi Thalib dengan Fatimah az-Zahara RA binti Muhammad SAW.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” - Hadith Riwayat Muslim.

Dalam hadith lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdhal daripada hari Jumaat.”

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mu'min apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” - Hadith Riwayat Tirmizi.

Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapat ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.”
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu”
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.”
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya. Apabila selesai dari solat Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Buat kaum Adam yang difardhukan ke atasnya menunaikan solat Jumaat, janganlah sekadar menunaikan solat sebagai kewajipan, tetapi rebutlah peluang yang ada untuk mendapat rahmat Allah SWT. Hadirlah seawal yang mungkin, kerna apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan turut sama mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Rasulullah SAW juga bersabda: “Barangsiapa yang dapat menunaikan solat Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yang mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya”.

Ibadah sunnah pada hari Jumaat

Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jalan yang jauh tetapi apabila pulang sunnah diambil jalan yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
Bersedekah - suatu amalan yang sangat mulia yang mendatangkan pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apatahlagi jika dilakukan pada hari Jumaat.
Berselawat - Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.”
Berpakaian cantik dan bersih - digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang bersih dan berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah SWT. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi. Ibnu Masu'd berkata:“Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.”
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadhilatnya, termasuk dalam hal berwudhu', mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan di dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa berwudhu' lalu memperelokkan wudhu'nya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.”
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadith di atas menunjukan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya ma'mum menumpukan perhatian kepada khutbah yang sedang disampaikan. Isi kandungan khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Umat Islam juga digalakkan berdoa ketika khutbah. Ulama' berpendapat waktunya adalah di antara dua khutbah, iaitu pada saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama selesai sebelum beliau bangun untuk khutbah kedua pula. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” - Muttafaq ‘alaih.

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesiapa yang berwudhu' pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” - Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan Termizi.

Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’segala hari.

Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah RA yang bermaksud:
“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadith dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
·         Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat. Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
·         Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah SWT dan Para Malaikat AS mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
·         Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
·         Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah SWT mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah RA.
·         Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”
·         Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah SWT mengkifarahkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
·         Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada hari Jumaat, mudah dimakbulkan Allah SWT.
Imam Al-Ghazzali pernah berkata bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk agama Islam pada zaman Saidina Abu Bakar RA) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan “Selamat, selamat hari yang baik”.


 AMALAN SUNAT LAIN DI HARI JUMAAT

Membaca surah al-Kahfi. 

Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.

Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi) 

Membanyakkan membaca selawat ke atas Nabi.

Ganjaran bagi mereka yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi pada Jumaat adalah kasih sayang dari Rasulullah. Sabda Baginda bermaksud:

”Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkan berselawat ke atasku, kerana selawat kamu itu disampaikan kepada ku."

Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.

Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah yg bermaksud: Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud) 

Jumaat adalah hari yang Allah gandakan ganjaran amalan baik hamba-Nya yang soleh. 

Umat Islam digalakkan mengisi malam Jumaat dengan memperbanyakkan ibadat dan pada siangnya, bersegera ke masjid seawal waktu yang mungkin untuk merebut ganjaran pahala yang besar. 

Mereka yang mendengar khutbah Jumaat dengan khusyuk dan bersedekah kepada orang miskin pada Jumaat, itulah orang yang mendapat ganjaran besar daripada Allah.

Demikianlah, betapa hari Jumaat itu, hari penuh kemuliaan dan rahmat, yang mana ianya adalah peluang untuk kita semua mengumpul mata ganjaran ke syurga. Rebutlah peluang yang ada kerna kita tidak tahu sama ada Jumaat yang akan  datang kita masih berkesempatan atau tidak.

Selamat beramal..

#Sumber: Tazkirah.com